Sunday, 29 July 2012

*SekS BebAs DIk@lanGAN pelajar IPT*

Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap seks bebas di kalangan pelajar IPT: Punca dan cara penyelesaiannya dalam kalangan pelajar
kelas pengajian islam university of management and technology. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pandangan
pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPT serta faktor-faktor yang mendorong berlakunya masalah seks bebas. Populasi kajian adalah seramai 19 orang pelajar dari 3 kursus iaitu ijazah pendidikan,ijazah pengurusan dan ijazah pentadbiran perniagaan. Walau bagaimanapun, hanya 15 set soal selidik dapat dianalisis kerana 4 set tidak dikembalikan. Set soal selidik mengandungi 7 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan keputusan kaji selidik.





1.0 PENGENALAN


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah keji dan suatu jalan yang buruk”
Surah AL-ISRAK:ayat 32

Sabda Rasulullah s.a.w
“hindarilah zina kerana ianya menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan,menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti zina menyebabkan pelakunya diazab,dihisab secara ketat dan kekal di neraka.
Hadis riwayat Baihaqi




Berdasarkan ayat di atas Islam melarang segala perlakuan seksual di luar nikah mahupun seks
bebas seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat. Ini bagi menjaga kejelasan jalur keturunan manusia dan mencegah daripada terjadinya pelbagai permasalahan akibat hubungan jenis yang tidak teratur. Dalam Islam, seks adalah suatu yang suci, terpelihara dan menjamin keharmonian sosial. Justeru dalam Islam melakukan seks di luar pernikahan adalah termasuk di dalam dosa besar. Ia merupakan jenayah yang membolehkan pelakunya menerima hukuman yang berat iaitu 100 kali sebatan kepada yang masih bujang, kerana mereka tidak mempunyai saluran yang sah untuk menyalurkan keinginan. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin akan dikenakan hukuman rejam menurut majoriti ulama. Hukuman ini sebagai pengajaran kepada mereka yang mencari sumber yang haram sedangkan mereka mempunyai jalan yang halal. Oleh itu, perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam kepada umatnya merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara akhlak dan menjaga pandangan serta memelihara kehormatan diri.


2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Satu laporan mengenai fenomena remaja Malaysia dan seks telah didedahkan oleh Healthcare
Malaysia Sdn.Bhd yang dibuat oleh Durex 2002 ke atas 2,500 responden lelaki dan wanita yang
berumur lingkungan 18-30 tahun tanpa mengira bangsa. Berdasarkan soal selidik yang
dikemukakan, didapati remaja yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun paling kerap
melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata daripada mereka melakukan
hubungan sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu. Didapati percintaan merupakan
faktor utama responden melakukan seks bebas.(Mohammad Shatar Sabran, 2003: 128).
Peratusan remaja Melayu yang melakukan seks bebas semakin meningkat sejak sedekad
yang lalu. Majoriti orang Melayu iaitu 65% adalah beragama Islam tetapi malangnya amalan
seks bebas ketika usia terlalu muda sangat nyata dan secara perlahan-lahan meningkat (Mariani dan Hamidah, 2005: 28). Masalah ini turut melibatkan pelajar-pelajar IPT, di mana terdapat banyak tulisan seperti akhbar, majalah dan artikel yang memaparkan tentang isu seks bebas yang berlaku dalam kalangan mahasiswa termasuklah pengakuan pelajar IPT sendiri yang melakukan perbuatan tersebut dan hamil anak luar nikah. Akhirnya mereka terpaksa mendiami rumah perlindungan wanita dan berhenti dari pengajian (Maszlee Malik dan Hamidah Mat, 2007:134).
Kajian berkenaan dengan seks bebas ini turut dilakukan oleh Cik Tuan Shahida Bt Tuan Ismail, Pensyarah dari Universiti Of Management And Technology (Umtech) yang bertajuk Masalah Seks Bebas Di Kalangan Pelajar IPT.
Kajian yang dijalankan bertujuan mengetahui tabiat seksual dalam kalangan pelajar berumur 18
hingga 25 tahun di Umtech. Keputusannya menunjukkan
bahawa 10 % daripada pelajar universiti di Umtech adalah aktif dari segi seksual.
Kenyataan ini menunjukkan masyarakat hari ini berada pada tahap yang sangat kritikal
dalam keterlibatan salah laku seks bebas. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pelajar IPT yang diharapkan sebagai pemangkin untuk membentuk generasi yang bersahsiah tinggi di masa hadapan.



3.0 PERNYATAAN MASALAH
Islam memandang berat kesalahan zina kerana mengundang pelbagai keburukan kepada
pelakunya dan masyarakat. Dalam Islam, zina merupakan perbuatan yang haram dan berdosa
besar. Namun lebih dibimbangi apabila golongan berpendidikan tinggi juga turut mengambil
bahagian melakukan perbuatan haram tersebut iaitu dalam kalangan mahasiswa Institut
Pengajian Tinggi sama ada awam mahupun swasta.
Seks bebas banyak mendatangkan kesan buruk sama ada dari sudut jasmani, akhlak,
emosi, sosial dan ekonomi. Dari sudut kesihatan, ia membabitkan kesan reproduktif khususnya
bagi wanita termasuk berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan yang
terpaksa disembunyikan. Akhirnya berlaku gejala sosial lain termasuklah pembuangan bayi,
pengguguran kandungan, pembunuhan dan sebagainya.
Jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV (Human Immunideficiency Virus), AIDS
(Acquired Immune Deficiency Syndrome) dan pelbagai lagi jenis penyakit kelamin juga mudah
merebak melalui amalan seks bebas. Kesan daripada penyakit-penyakit ini akan memberi impak yang negatif terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Apatah lagi jika ia melibatkan mahasiswa universiti yang diharap dapat membangun dan membentuk sebuah Negara yang bertamadun. Adakah mahasiswa yang selalu bergelumang dengan dosa zina ini dapat diharapkan untuk menjadi pemimpin negara dan contoh terbaik kepada rakyat?
Melihat fenomena ini turut berlaku dalam kalangan mahasiswa universiti, maka situasi
ini telah mendorong penyelidik untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap fenomena seks bebas
yang berlaku dalam kalangan pelajar IPT, faktor serta langkah-langkah yang telah diambil
untuk mengatasi masalah seks bebas dalam kalangan pelajar IPT. Kajian ini turut melihat
secara langsung adakah amalan seks bebas berlaku dalam kalangan mahasiswa universiti
khususnya terhadap pelajar-pelajar tahun dua Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi pendidik dan pemimpin anak bangsa.




4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu:
1. Mengenalpasti persepsi pelajar IPT terhadap amalan seks bebas.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong berlakunya amalan seks bebas dalam
kalangan pelajar IPT.



5.0 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah faktor yang paling dominan seperti faktor suasana IPT, latar belakang
keluarga, sikap pelajar, faktor psikologi dan pengaruh rakan sebaya terhadap pelajar
agresif.
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana sekolah, latar belakang
keluarga, sikap pelajar, faktor psikologi dan rakan sebaya terhadap pelajar agresif
mengikut jantina.



6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi memenuhi syarat bagi menyiapkan assignment (Pengajian Islam). Diharap kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu
dalam mengatasi dan mengurangkan masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar
IPT  khususnya mahasiswa Universiti Of Technology And Management.
Kajian ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi
dengan menjemput pihak pentadbir universiti untuk sama-sama berbincang bagi mencari jalan
penyelesaian dalam membendung masalah seks bebas dalam kalangan pelajar IPT.
Kajian ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa agar memantau dan
sentiasa prihatin terhadap aktiviti anak-anak di IPT supaya tidak terlibat dengan seks bebas. Di
samping memberi didikan yang sewajarnya agar anak-anak mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik.Sementara masyarakat diharap prihatin dan mengambil berat terhadap masalah seks
bebas seperti menegur pelajar-pelajar yang berkelakuan tidak sopan di samping memberi
kerjasama dengan pihak universiti dalam membendung masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPT.





7.0 SOROTAN KAJIAN DAN PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SEKS BEBAS
Seks bebas merupakan suatu perbuatan yang menyimpang dalam penyaluran keinginan seks
secara fitrah iaitu berkahwin. Oleh itu penyelidik melihat beberapa pandangan daripada
perspektif Islam dan Barat berkenaan dengan seks bebas.
Majoriti ulama fiqh mendefinisikan seks bebas sebagai zina. Terdapat pelbagai definisi
yang diberikan oleh ulama dan cendekiawan Islam berkenaan dengan zina. Al-Syirazi iaitu ahli
fiqh dari mazhab Syafi’e mendefinisikan zina sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki Islam dan yang hidup dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhinya tanpa akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya sedangkan ia seorang yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu perbuatannya itu adalah haram. (Paizah Haji Ismail, 1991: 174).
Sementara Ibn Qudamah dari mazhab Hanbali mentakrifkan zina sebagai menyetubuhi
perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syubhah. Manakala Imam al-Dasuki dari mazhab Maliki pula mentakrifkan zina sebagai persetubuhan seorang yang mukallaf pada faraj manusia tanpa hak milik padanya mengikut hukum dengan cara yang haram. (Paizah Haji Ismail, 1991:174)
Menurut Aristotle iaitu seorang ahli falsafah Barat melihat seks sebagai salah satu
kebebasan. Sama ada sudah berkahwin ataupun belum, selagimana kedua-dua pasangan mahu dan ingin melakukan seks bersama-sama, maka mereka boleh melakukannya (J. Mark Halstead dan Michael J. Rein, 2003: 57).
Manakala menurut Frued, seorang ahli politik yang berfahaman materialis menganggap
seks adalah aktiviti biologi semata-mata, tidak ada hubungannya dengan akhlak.
Manusia tidak akan mencapai keyakinan dirinya tanpa pemuasan seks, kesemua ikatan agama, akhlak, sosial atau tradisi adalah ikatan yang salah yang boleh memusnahkan tenaga manusia. Ini bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan hubungan seks tanpa dibatasi apa-apa terma dan syarat. Terdapat banyak isu yang melibatkan remaja mahupun pelajar IPT telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, masyarakat dan negara. Terutamanya isu dan kes salah laku seks seperti bersekedudukan, melahirkan anak luar nikah, pembuangan bayi dan meningkatnya peratusan gadis belasan tahun yang terlibat dalam seks bebas.
Rentetan dari masalah ini, penyelidik menjelaskan beberapa faktor berlakunya amalan seks
bebas dalam kalangan masyarakat. Di sini penyelidik menjelaskan tujuh faktor yang mendorong berlakunya seks bebas iaitu faktor diri sendiri, institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya, masyarakat dan media, faktor kerajaan, pengaruh budaya barat, kurang didikan agama, laman web lucah yang senang dilayari serta pergaulan bebas.






1. Diri sendiri
Lazimnya perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong
seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak naluri yang mahukan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran. (Ahmad Redzuwan, 2003: 3).
Selain ingin mencuba, percintaan juga tidak dapat dinafikan. Pasangan yang asyik bercinta kadangkala tidak menyedari bahawa tindakan seperti berdua-duaan, bergaul, bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh mendorong seseorang melakukan seks bebas. Senario parah yang kian menular di Malaysia hari ini apabila remaja banyak terlibat dngan percintaan dan melakukan seks serentak demi cinta sejati.
Kebanyakan pasangan melakukan seks luar nikah untuk mencari pengiktirafan bagi membuktikan kasih sayang terhadap pasangan.Mereka tidak dapat menolak cinta yang
hadir malah gagal mengawal nafsu daripada menguasai jiwa.



Seseorang yang terjebak dengan seks bebas, kebanyakannya adalah ekoran daripada
berkhalwat atau duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan. Secara psikologi, lelaki
dan perempuan yang bukan muhrim yang sedang berduaduaan akan mudah mengalami total
reflek. Iaitu keadaan di mana seorang wanita tidak mampu berbuat apa-apa pada saat lelaki
terdorong melakukan hubungan seksual dengannya (Siti Hajar Hj. Ibrahim, 2002: 63). Di
samping itu berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim juga biasanya akan
membenarkan rangsangan-rangsangan seperti bersentuhan, berpelukan dan bercumbuan yang
akhirnya membawa kepada perzinaan.



2. Institusi Keluarga
Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan untuk mengembang dan
membangunkan keturunan. Dalam hal ini ibu bapa berperanan menjaga, melindungi, mendidik
dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun, institusi keluarga
hari ini dilihat telah gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Tambahan lagi dengan meningkatnya
perceraian dalam kalangan suami isteri, penganiayaan terhadap anak-anak dan kurangnya kasih sayang sesama keluarga telah menyebabkan berlaku pelbagai masalah sosial seperti sumbang mahram, lari dari rumah dan masalah seks bebas.
Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak
mereka dapat membesar dengan gaya hidup yang positif. Tetapi ibu
bapa kini terlalu berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Sehinggakan ada di antara ibu bapa yang menonton VCD lucah bersama anak-anak dan secara tidak langsung mereka mendedahkan unsur kelucahan pada anak-anak. Ini
menyebabkan anak-anak kehilangan contoh ikutan untuk membentuk diri mereka menjadi
manusia yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak terjerumus dalam kancah yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup masing-masing. Akhirnya berlaku pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari rumah, bohsia, pelacuran, buang bayi, vandalisme dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan agama sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum. (Zulkiffly Ahmad, 2006: 24). Ibu bapa umpamanya gagal memberikan pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-anak seperti ilmu tentang tatacara pergaulan dan berpakaian yang dianjurkan oleh Islam serta perkara-perkara yang dihalal dan diharamkan dalam Islam.


3. Rakan Sebaya
Remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut.
Pelbagai desakan yang diterima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita
menyebabkan seseorang melakukan seks bebas. Berdasarkan pengalaman seorang pelatih di
Rumah Bimbingan Raudhatus Sakinah yang pernah terjebak dengan perilaku seks bebas
mengakui beliau sering terpengaruh dengan rakan-rakan seperti ponteng sekolah dan melepak
bersama rakan-rakan. Apabila semua rakanrakan mempunyai pasangan telah mendorongnya
turut berpasangan yang mana akhirnya berlaku perkara terkutuk iaitu perzinaan.



4. Masyarakat
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina
suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab
melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masayarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain.
Namun masyarakat hari ini yang kononnya 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' telah
menyebabkan salah laku seks bebas meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri masyarakat sekeliling berkelakuan tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan diambil sama ada
menegur atau memberi nasihat. Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli. Lebih-lebih lagi jika kurangnya semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin sukar untuk dibendung.







5. Media Massa
Selain masyarakat, media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk
keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang yang
terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. Media elektronik umpamanya, banyak menayangkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu-cumbuan, berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya remaja ke arah perilaku negatif. Apa yang menyedihkan ada antara adegan tersebut dilakukan oleh orang Islam yang bukan muhrim untuk memenuhi tuntutan skrip bagi sesebuah filem. Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti seks bebas dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semua yang dipaparkan dalam media massa itu memberikan pengajaran yang baik. Namun demikian, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah diperolehi. (Zulkiffly Ahmad, 2006: 25).





6. Kerajaan
Kerajaan memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kerajaan berperanan membangun dan menstabilkan ekonomi negara, mewujudkan persekitaran yang selamat serta melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek khususnya melalui sistem pendidikan. Pihak kerajaan dilihat tidak telus dalam menangani masalah seks bebas yang melanda masyarakat hari ini. Ini terbukti apabila banyak aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak berwajib telah menghalalkan kemungkaran seperti pergaulan bebas tanpa batas, mengenepikan aurat serta menggalakkan pelbagai bentuk hiburan. Antaranya program-program seperti Jom Heboh, larian amal, Perkampungan Hadhari dan pelbagai lagi yang dianjurkan atas slogan memartabatkan Islam, kebajikan dan membantu rakyat banyak melibatkan keruntuhan moral. Sebenarnya kecelaruan Islam yang dicipta oleh kerajaan menyebabkan masyarakat menjadi keliru dalam memahami Islam dan amalan Islam yang sebenarnya. (Berhanuddin Abdullah, 1997:146).


7. Pengaruh budaya barat
Antara punca utamanya ialah pengaruh budaya barat. Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka merupakan dorongan kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka terbawa-bawa dengan budaya barat sehingga melupakan diri dan didikan agama. Situasi ini menyebabkan para remaja masa kini tanpa rasa takut terjebak dalam gejala seks bebas. Golongan remaja ini melakukan hubungan seks bebas dengan sesiapa sahaja tanpa memikirkan kesannya terhadap diri, keluarga, masyarakat mahupun negara.






8.0 CARA-CARA MENGATASI SEKS BEBAS

1. Diri sendiri
Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah diri remaja. Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu bapa & guru. Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan & pertubuhan bukan kerajaan.


2. Peranan Ibu bapa
Kita telah ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian & kasih sayang daripada ibu bapa & keluarga. Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, ibu bapa perlu memberi perhatian, bimbingan & kasih sayang kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.



3. Rakan sebaya
Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti berdisiplin dan cenderung melakukan perkara yang membawa kebaikan, secara automatik seseorang remaja tersebut akan menjadi positif. “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari)




4. Masyarakat
Masyarakat merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina
suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab
melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masayarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada orang lain. Masyarakat perlulah menyemai semangat kejiranan yang tinggi dalam kehidupan bermasyarakat dan sentiasa mengambil berat. Contohnya: Pelajar-pelajar IPT yang menyewa di kawasan perumahan,masyarakat perlulah prihatin terhadap pelajar berada di sekeliling dan sentiasa mengambil berat terhadap mereka. Dalil-dalil yang membahas tentang hidup bertetangga diantaranya adalah:

وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالاً فَخُوراً


“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu-bapak, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” (An-Nisa’: 36)











5. Media Massa
Jika kita bersedia mengambil kira faktor-faktor yang telah dihuraikan di atas, antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah termasuk :

- Menghapuskan lambakan imej dan mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat.

-Menghentikan eksploitasi wanita dan tema seks dalam amalan pengiklanan dan hiburan.

- Mengurangkan paparan imej keganasan ditengah masyarakat.

- Mengenakan hukuman yang lebih berat dan proses penghakiman yang lebih cepat.

- Mengawasi dan membataskan individu yang berisiko tinggi melakukan jenayah tersebut.

- Meningkatkan dan menyebarluaskan pendidikan dan latihan khas tentang keselamatan peribadi.

- Menggerakkan usaha kerjasama tetangga dalam mencegah jenayah dan meniadakan lokasi-lokasi berisiko tinggi seperti sarang-sarang penagih. Menggalakkan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga yang sihat dengan membentuk budaya dan menyediakan prasarana sosial yang sesuai.

- Mewujudkan suasana kehidupan IPT yang selamat termasuk waktu pembelajaran, kawasan IPT dan pengangkutan. Menyubur dan mempopularkan mesej dan imej keTuhanan, kemanusiaan, moral dan nilai-nilai positif yang lain.







6. Kerajaan
Kerajaan merupakan sebuah organisasi terbesar dalam sesebuah Negara. Oleh itu, kerajaan perlulah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk keperibadian masyarakat menjadi insan yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. Kerajaan berperanan membangun dan menstabilkan ekonomi negara, mewujudkan persekitaran yang selamat serta melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek khususnya melalui sistem pendidikan terutamanya di peringkat IPT. Mahasiswa merupakan aset penting kepada Negara di masa akan datang kerana mahasiswa ini yang akan menjadi pentadbir Negara pada suatu masa nanti.

























9.0 KESAN-KESAN DAN KESIMPULAN

Sejak kebelakangan, surat khabar sering menghebohkan tentang isu seks bebas di IPT. Semua pihak perlu memberikan perhatian yang sepatutnya supaya isu ini dapat dikurangkan. Seks bebas merupakan pergaulan bebas tanpa mengira pasangannya.Aktiviti ini merupakan perbuatan yang tidak sihat kerana membawa banyak keburukan kepada remaja. Kegiatan seks membawa banyak implikasi yang negatif antaranya ialah menjejaskan imej negara.Negara lain akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kerana tidak berupaya menangani masalah sosial. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada pelancong negara jiran.Justeru itu, media massa juga menghebohkan perkara tersebut maka imej negara terjejas.Kesan kedua ialah menjejaskan masa depan remaja.Masyarakat sukar menerima remaja sekiranya insaf ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan timbul.Lebih buruk lagi mereka disisihkan keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka.Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh diri.Implikasi seterusnya ialah peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggungjawab yang berat lalu mencari jalan singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereka juga berasa malu atas perbuatannya dan bimbang akan masa depan tercemar maka mereka memilih pembuangan bayi. Akhirnya kesihatan wanita terjejas dan mudah menjangkiti penyakit.
Kesimpulannya, langkah-langkah bijak perlu diambil bagi membendung masalah ini antaranya ialah memberikan kesedaran dan penerangan kepada remaja.Penerangan mengenai kepentingan nilai-nilai moral perlulah diutamakan dan kesan buruk seks bebas yang boleh membawa kemudaratan misalnya reputasi diri tercemar,pembuangan bayi dan jangkitan penyakit ditekankan. Langkah seterusnya ialah mengukuhkan pendidikan agama. Ibu-bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa untuk mendidik agama kepada anak-anak mereka. Ajaran agama adalah panduan dan petunjuk kehidupan remaja. Remaja yang beragama kukuh akan dapat memikirkan kesan baik buruk terhadap dirinya dan cuba menghindari dirinya daripada perbuatan maksiat.






RUJUKAN:

-Farahwahida Mohd. Yusof & Norazila Binti Sugiman / Journal Education Psychology and counseling (2011)
96

-(Paizah Haji Ismail, 1991: 174). Undang-undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka Islam.

-(J. Mark Halstead dan Michael J. Rein, 2003: 57). Values In Sex Education From Principles to
Practice. New York: Routledge Falmer.

-Mohd Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial.Universiti Putra Malaysia.

-Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam, Utusan
Publications Sdn.Bhd.

-Mariani bt. Md. Nor dan Hamidah bt. Sulaiman. (2005). Seks Bebas: Mengenal Pasti Punca
Pelakuan dalam Roziah Omar dan Sivamurugan Pandian. Malaysia Isuisu Sosial Semasa.
Unit Penerbitan ISM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

-Maslee Malik dan Hamidah Mat. (2007). Cinta IPT: Rahsia Yang Perlu Anda Ketahui. Selangor: Edusystem Sdn. Bhd.

- Zulkiffly Ahmad. (2006). Jenayah Seksual. Mostgain Resources Publications.




No comments:

Post a Comment

Total Pageviews